Friday 4 October 2013

Larian Belia 50 Tahun Sarawak Merdeka 2013




Borang Pendaftaran bagi Individu dan Kumpulan

Larian Belia 50 Tahun Sarawak Merdeka 2013
Anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak dan
Persatuan Kebudayaan Kesenian Warisan Jadi Kuching (Pewaris)

Tarikh/Masa : 27hb Oktober 2013, jam 7.00 pagi
Bertempat: Perkarangan Letak Kereta Dewan Undangan Negeri Lama, Kuching

Acara ini terbuka kepada orang awam yang berminat, yuran perndaftaran adalah percuma.

Larian ini dibahagikan kepada bahagian tersebut:
  1. Kanak-kanak Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah (Lahir tahun 2001 dan selepasnya)
  2. Kanak-kanak Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah (Lahir tahun 2001 dan selepasnya)

Jarak 4 km. MULA – Perkarangan Letak Kereta DUN Lama - Jln Tun Datuk Patinggin Abang Haji Muhammad Salahuddin – Jln Tun Abdul Rahman – Jln Baitulmakmur – Jln Astana ke Perkarangan Letak Kereta DUN Lama – TAMAT
  1. Lelaki umar 18 tahun dan ke bawah (Lahir pada tahun 1995 dan selepasnya)
  2. Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah (Lahir pada tahun 1995 dan selepasnya)
  3. Lelaki Veteran 50 tahun ke atas (Lahir pada tahun 1963) dan sebelumnya)
  4. Wanita Veteran 50 tahun ke atas (Lahir pada tahun 1963 dan sebelumnya)

Jarak 6 km. MULA - Perkarangan Letak Kereta DUN Lama - Jln Tun Datuk Patinggin Abang Haji Muhammad Salahuddin – Jln Demak – Jln Bako – Jln Tun Datuk Patinggin Abang Haji Muhammad Salahuddin - Jln Astana ke Perkarangan Letak Kereta DUN Lama – TAMAT

  1. Lelaki Terbuka
  2. Wanita Terbnuka
Jarak 8 km. MULA - Perkarangan Letak Kereta DUN Lama - Jln Tun Datuk Patinggin Abang Haji Muhammad Salahuddin – Jln Demak – Jln Bako – Jln Tun Abdul Rahman – Jln Astana ke Perkarangan Letak Kereta DUN Lama – TAMAT
Borang pendaftaran perlu dikembalikan sebelum 21hb Oktober 2013 (Isnin), jam 12.00 tengah hair kepada: Urusetia Larian Belia 50 Tahun Sarawak Merdeka 2013, Majlis Sukan Negeri Sarawak, Dewan Suarah, Kuching. Peserta mesti mengambil nombornya pada 26hb Oktober 2013, jam 9.00 pagi hingga 2.00 petand di Dewan Suarah Kuching.

Perlu lengkap maklumat seperti ejaan nama dalam huruf besar, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan/sijil lahir.

KECEDERAAN / KESELAMATAN
Jawatankuasa Pengelola akan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang kemalangan, kehilangan atau kerosakan harta peserta. Walau bagaimanappun, Jawatankuasa Pengelola tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kemalangan dan kecederaan peserta semasa Larian ini

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERATURAN INI

Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini dan, semua keputusannya adalah muktamad.



Jar

2 comments:

  1. Salam,

    Next time I visit Sarawak for makan-angin + running, saya tau mana nak rujuk..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete